Monday, January 30, 2012

Bisnes kena bekerjasama

Semua orang yang berkecimpung dalam dunia perniagaan ingin mendapatkan untung wang ringgit dan kesenangan hidup yang berpanjangan.Ini kerana mereka percaya bahawa bisnes itu dapat menunaikan segala impian mereka bersandarkan Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermakna 9/10 sumber rezeki itu adalah sumbernya dari bisnes.
Ini jelas menunjukkan bahawa bisnes ini merupakan satu ibadah yang amatlah dituntut dalam agama Islam itu sendiri kerana fungsinya bagi menyuburkan dan membantu perjuangan dakwah Islamiah itu sendiri. Langsung dari itu, umat Islam yang berkecimpung dalam dunia bisnes ini mempunyai satu tanggungjawab yang amat berat dalam perjuangan dakwah.
Justeru, harus bagi bisnes itu didasari dengan pasak yang sangat kukuh bagi menjadikan segala aktiviti bisnes berjalan dengan lancar dan sempurna. Untuk merealisasikannya, kerjasama yang menguntungkan semua pihak haruslah diterapkan dalam konsep perniagaan khususnya kepada perusahaan yang baru bermula. Ini bermakna 2 atau lebih orang berganding bahu berkongsi idea dan kemahiran untuk menjalankan operasi bisnes mereka seterusnya dapat mengurangkan risiko dalam bisnes mereka sendiri.Untung dikongsi bersama dan rugi ditanggung sama rata.

No comments:

Post a Comment

Followers